Thursday, 17 April 2014

MENUJU SEKOLAH LESTARI SKRM - PENYEBARAN MENCINTAI ALAM SEKITAR

4. PENYEBARAN   MENCINTAI ALAM SEKITAR

4.1 Perhimpunan Mingguan

            Penyebaran menyintai alam sekitar disampaikan kepada murid melalui perhimpunan mingguan pada setiap pagi pada hari Isnin. Antara perkara yang disampaikan oleh guru bertugas mingguan adalah seperti mengingatkan murid tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas yang dapat membantu menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada murid SK Raja Muda (Integrasi). Malah ianya akan mendidik murid-murid betapa pentingnya mengutamakan kebersihan . Ini akan menjauhkan dirinya daripada penyakit serta dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar.

4..2 Pemasangan Papan Tanda Alam Sekitar

Pihak sekolah juga menyebarkan tentang menyintai alam sekitar ini melalui papan tanda yang dipamerkan di kawasan sekolah seperti poster menjaga kebersihan, cara mencuci tangan, penjagaan tandas, penjagaan kawasan seperti cerun dan lereng, longkang, tumbuh-tumbuhan, tangki septik dan pelbagai mesej yang memberi penerangan berkaitan dengan pendidikan alam sekitar.

4.3  Sudut Alam Sekitar

Mewujudkan Sudut Alam Sekitar di sekolah SK Raja Muda (Integrasi) yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat mengenai alam sekitar kepada murid melalui tampalan poster, artikel, risalah, mempamerkan hasil kerja murid seperti buku skrap bertemakan alam sekitar, mewarna gambar tentang alam sekitar dan sebagainya.



4.4  Membina SITE dalam Vle-Frog

Pihak sekolah menggalakkan warga guru membina SITE yang berkaitan alam sekitar yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat secara global berkaitan dengan alam sekitar serta aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan program Sekolah Lestari Alam Sekitar .

5.5  Kempen Penjimatan Elektrik.

Amalan penggunaan cahaya semulajadi dan membiarkan tingkap terbuka yang mana dapat menjimatkan tenaga elektrik.Pelajar dinasihatkan memadam suis lampu dan kipas yang tidak digunakan terutamanya di dalam kelas. Amalan ini diterapkan melalui kempen dan ucapan mingguan yang diselitkan oleh Guru Besar .

6.6  Kempen Menjaga Pokok di Persekitaran Sekolah

Ahli jawatankuasa 3K mengadakan kempen menjaga pokok di persekitaran sekolah kepada semua murid SK Raja Muda (Integrasi) bagi tujuan menceriakan dan menghijaukan persekitaran yang akan menyumbang kepada keseimbangan eko sistem. Seperti mana yang diketahui , pokok menyerap karbon monoksida  dan membebaskan oksigen ke atmosfera. Secara tidak langsung akan memberi suasana yang segar kepada murid untuk menghadapi sesi pembelajaran.

4.7 Penggunaan tong sampah

Semua warga guru dan murid-murid serta semua kakitangan sekolah hendaklah bertanggung jawab memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan ianya  dapat memupuk amalan ini di kalangan  warga sekolah. Tong sampah ini akan diletakkan di tempat-tempat yang strategik dan sesuai bagi memupuk aspek kebersihan di kalangan warga sekolah.

4.8  Kempen Penjimatan Air

Murid-murid dinasihatkan menutup air dengan betul bagi mengelakkan pembaziran air di sekolah. Papan tanda yang berkaitan dengan penjimatan air di pasang untuk tujuan mengingatkan murid tentang penggunaan air secara berhemah.


4.9 Pengunaan tong kitar semula.

Dengan adanya tong kitar semula semua warga sekolah dapat mengasingkan bahan-bahan terbuang seperti kertas, tin dan kaca. Sampah-sampah tersebut akan diproses dan dikitar semula untuk dihantar ke Alam Flora.

4.10 Sudut Lestari

Setiap bilik darjah  diminta menyediakan papan maklumat yang mana maklumat-maklumat tentang alam sekitar  akan dipamerkan di sudut tersebut. Malah ianya bergabung dengan sudut Bahasa Inggeris. Pihak sekolah meminta murid-murid seboleh-bolehnya mencari informasi mengenai alam sekitar dalam bahasa inggeris. Tambahan pula Bahasa Inggeris adalah kebitaraan yang dipilih dari bidang akademik.

 4.11 Bengkel Kemahiran Hidup

Mengamalkan kebersihan dan amalan kitar semula di bengkel kemahiran hidup. Aktiviti seperti berkebun dapat menyemai sikap cintakan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan. Murid-murid diajar berkebun, cara-cara memproses baja kompas, mengajar murid tentang ekosistem perikanan . memelihara ikan dan sebagainya. Pembelajaran yang melibatkan praktikal di kalangan murid lebih menyeronokkan dan di sinilah peranan guru sangat penting dalam menyemai sikap sayangkan alam sekitar di kalangan pelajar.

4.12 Sistem Pembangunan Maklumat

Panitia Bahasa Melayu berkerjasama dengan mengadakan pertandingan mencipta sajak. Koleksi buku, hasil kerja /lembaran kerja dan kumpulan sajak-sajak ,Haiku yang bertemakan alam sekitar hasil ciptaan pelajar semasa aktiviti-aktiviti  lestari sekolah dijalankan. Lembaran kerja untuk aktiviti pelajar yang berkaitan dengan alam sekitar telah difailkan.

4.13 .Buku/Folio

Buku-buku yang berkaitan dengan dengan alam sekitar akan ditempatkan di ruangan yang ditetapkan sebagai rujukan guru dan pelajar.

colory � c ; � `oT color:text1'>Pengerusi

Memastikan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar dijalankan.
2
Timbalan Pengerusi
Memantau perkembangan pelaksanaan program dan aktiviti alam sekitar.
3.
Penyelaras
Menyelaraskan  aktiviti-aktiviti atau program-program alam sekitar.
3
Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan bertanggungjawab atas perkara yang berkaitan dengan surat-menyurat.
4
Bendahari
Merekod segala pendapatan dan perbelanjaan
5
Jawatankuasa
Pelaksana
Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program alam sekitar dengan pasukan kerja masing-masing.














No comments:

Post a Comment