Thursday, 17 April 2014

2.8   POLISI KELESTARIAN ALAM SEKITAR SK RAJA MUDA (INTEGRASI)

a.    Warga sekolah menghayati kepentingan menjaga alam sekitar.
b.    Warga sekolah mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan
c.    Warga sekolah mesti tahu cara membuat baja kompos dan baja organik.
d.    Meminimumkan penggunaan  bekas polisterin di kawasan sekolah.
e.    Mengelakkan  pembaziran kertas , air  dan elektrik.
f.     Tidak boleh membuang sampah di merata tempat
g.    Tidak dibenarkan menconteng kemudahan sekolah.
h.    Setiap pelajar harus melibatkan diri sekurang-kurangnya satu aktiviti alam sekitar peringkat sekolah.
i.      Setiap pelajar harus menjaga keceriaan kelas.
j.      Setiap bilik khas sentiasa bersih dan ceria.


2.7  SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA LESTARI ALAM SEKITAR

BIL
JAWATAN
TUGAS UTAMA
1
Pengerusi
Memastikan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar dijalankan.
2
Timbalan Pengerusi
Memantau perkembangan pelaksanaan program dan aktiviti alam sekitar.
3.
Penyelaras
Menyelaraskan  aktiviti-aktiviti atau program-program alam sekitar.
3
Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan bertanggungjawab atas perkara yang berkaitan dengan surat-menyurat.
4
Bendahari
Merekod segala pendapatan dan perbelanjaan
5
Jawatankuasa
Pelaksana
Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program alam sekitar dengan pasukan kerja masing-masing.














No comments:

Post a Comment