Tuesday, 15 April 2014

MENUJU SEKOLAH LESTARI ...PERASMIAN POKOK IMPIAN

MENUJU SEKOLAH LESTARI

Majlis Perasmian Pokok Impian

MENGGUNAKAN POKOK SEBAGAI  IMEJ SEKOLAH
Program hasil kerjasama SK Raja Muda bersama Jepun . Pokok Impian ini diperbuat daripada seramik yang mana setiap sehelai daun terukir nama-nama murid dan para guru SKRM . Biasanya di negara Jepun setiap sekolah mempunyai mural yang beridentiti.... Ini adalah mural yang pertama di sekolah di negara kita yang menggunakan idea dari seramik yang diadun sendiri bahannya. Salah satu tujuannya adalah berteraskan idea pandang ke timur yg mana SKRM mengharapkan murid-muridnya mengamalkan , menerapkan dan mengekalkan nilai-nilai budaya yang baik .Sekolah inijuga mengadakan jaringan antarabangsa dengan mengadakan pertukaran pelajar antara SKRM dan salah sebuah sekolah di Jepun.
Kerjasama yang jitu antara pelbagai pihak terutamanya warga SKRM dalam merealisasikan lukisan seramik ini diharapkan akan berterusan dan dapat menjana idea lebih kreatif dalam membangun dan menjenamakan semuala SKRM selepas 30 tahun.Penjenamaan semula SKRM idea Guru Besar SKRM Tuan Haji Kamaruzaman dalam meletakkan SKRM ke aras yang lebih tinggi lagi...Insyaallah.

No comments:

Post a Comment