Tuesday, 15 April 2014

PENGENALAN SKRM

1.    Pengenalan

1.1  Latar Belakang Sekolah

                  Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) adalah merupakan sekolah yang kedua di Bandar Shah Alam selepas Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 , Jalan Dawai , Shah Alam. Sebelum sekolah ini diwujudkan , murid-murid sekolah ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 , di daerah Klang, di Petaling Jaya dan beberapa sekolah yang berhampiran.

                  Arus pembangunan dan pertambahan penduduk Bandar Shah Alam yang amat pesat adalah merupakan faktor yang menyebabkan sebuah sekolah rendah perlu didirikan segera di kawasan ini. Dengan itu , Jabatan Pelajaran Selangor telah mengenalpasti kawasan yang sesuai . Pihak PKNS telah memperuntukkan tapak sekolah di Seksyen 4 Shah Alam. Kerja-kerja pembinaan sekolah dimulakan pada awal tahun 1981. Ianya siap dibina pada bulan Disember 1981. Sekolah ini mula digunakan dan memulakan sesi persekolahan pada 5 Januari 1982.


1.2  Nama Sekolah

                  Pada asalnya nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Seksyen 4 Shah Alam , sesuai kedudukannya di Seksyen 4 , Shah Alam. Dalam Mesyuarat Agung tahun 1983 , PIBG sekolah ini telah memutuskan dan mencadangkan supaya nama sekolah ini ditukarkan kepada nama SK Raja Muda bagi mewujudkan identiti sekolah . Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan telah berkenan supaya nama Tuanku digunakan sebagai nama sekolah ini yang baru.

                  Pada 4 Jun 1984 , Kementerian Pendidikan telah meluluskan pertukaran nama sekolah ini melalui surat Bil.KP(Sulit)0196/10/13(18) melalui Jabatan Pendidikan Selangor surat Bil (75) Dalam Jab.Pen.sel.614/76 APT3(Sulit) bertarikh 14 Jun 1984 . Dengan itu disahkan nama sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam.

                  Nama tersebut telah membawa imej yang baru kepada sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Raja Muda telah menjadi sebutan masyarakat dan telah menjadi pilihan utama kemasukan ke sekolah di bandar baru Shah Alam.




1.3  Perkembangan Sekolah

                  Ketika memulakan persekolahan , sekolah ini hanya mempunyai satu blok bangunan tiga tingkat yang hanya mengandungi lapan bilik darjah ( Bangunan A sekarang) . Oleh kerana kekurangan bilik darjah , sekolah terpaksa menumpang 6 kelas di Sekolah Menengah Seksyen 2 , Shah Alam pada 1983 dan 1984 .

                  Dengan desakan dan usaha bersama PIBG serta pihak sekolah sebuah bangunan baru 3 tingkat mengandungi 16 bilik darjah telah siap dibina dan mula digunakan pada 3 Januari 1986. Sekarang, Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) mempunyai 3 blok 3 tingkat , 1 blok satu tingkat menempatkan 3 buah prasekolah , 2 blok satu tingkat yang menempatkan bilik kemahiran hidup, bilik pemulihan dan dua buah makmal komputer.

                  Pelbagai kemudahan pasarana telah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sebuah tapak perhimpunan berbumbung dibina dan ianya dinamakan Dataran - T.

                  Dari segi akademik , Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) telah menunjukkan kecemerlangan dari mula ditubuhkan lagi. Malah kecemerlangan ini dikekalkan sehingga ke hari ini. Pada tahun 2013 , UPSR telah meningkat terutamanya dari Gred Purata Sekolah yang mana meletakkan sekolah ini di tempat pertama dalam Daerah Petaling Perdana dan ketiga di Negeri Selangor.

                  Dalam bidang kokurikulum , permata-permata Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) telah mempamerkan kecemerlangan dari tahun ke tahun. Pelbagai jalinan dan jaringan dengan pihak luar telah dilaksanakan.

1.4  Kelas Khas

                  Pada awal tahun 1988 Unit Pendidikan Khas telah dibuka di sekolah ini. Projek tersebut merupakan projek percubaan Kementerian Pendidikan . Pada mulanya kelas ini mempunyai 12 orang murid yang terdiri daripada murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah fizikal . Dua buah bilik darjah telah diubahsuai bagi menampung murid-murid tersebut.



                  Bilangan murid yang belajar di kelas tersebut bertambah dari masa ke semasa . Pada tahun 2014 telah ada 60 orang murid dan 14 orang tenaga pengajar di Unit Pendidikan Khas.


1.5   Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi)











1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya fazlina. im currently looking for a job opportunities especially as a teacher. I was being told that this school has looking for a BM teacher as the school lack of it. How can i contact the school the get the details about this news? can you help me? i hope to hear soon from you. thank you.
Sincere - Fazlina

Post a Comment