Thursday, 17 April 2014

MENUJU SEKOLAH LESTARI SKRM - SISTEM PELAPORAN

6  SISTEM PELAPORAN

BIL
PERKARA
PENERANGAN/PERTUNJUK

TINDAKAN

1
Fail

Setiap perjumpaan, mesyuarat, aktiviti dan program-program direkod di dalam fail. Sebuah fail disediakan untuk program .
      I.        Carta Organisasi
    II.        Surat-Menyurat
   III.        Minit-Minit Mesyuarat
  IV.        Kertas Kerja
   V.        Rekod-Rekod
  VI.        Laporan Perbelanjaan

Guru Besar
GPK 1
S/U
2
Papan kenyataan

Makluman berkenaan aktiviti sekolah dan maklumat lain dipaparkan dalam papan kenyataan.


GPK Pendidikan Khas
Mengikut unit
3
Blog Menuju Sekolah Lestari

Informasi tentang perlaksanaan Program Menuju Sekolah Lestari
GPK 1
4
Laporan Program
Melaporkan semua aktiviti atau program yang dilaksanakan.
GPK Hem
GPK Koku
GPK Petang
Mengikut unit


MENUJU SEKOLAH LESTARI SKRM - PEMBENTUKAN JARINGAN BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN

5.    PEMBENTUKAN JARINGAN  BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
5.1 STESEN PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH
Untuk meningkatkan penerapan alam sekitar di kalangan murid-murid  pihak sekolah telah mewujudkan pelbagai stesen pembelajaran di luar sekolah seperti berikut:

BIL
SETESEN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
1
Pelbagai Pusat perkhemahan seperti :
a.    Hulu Langat
b.    Hulu Bernam
c.    Sungai Congkak
d.    Gombak
a.    Kem Perkhemahan Kokurikulum
b.    Aktiviti Jungle Tracking
c.    Meneroka flora dan fauna

2
Kerjasama MBSA seperti:
a.    Kebun
b.    Tasik
c.    Pusat semaian
Program Perintis Hijau:
a.    Tapak Semaian
b.    Kuiz
c.    Taman Tasik Shah Alam
d.    Taman Bukit SUK

5. 2  JARINGAN DENGAN PANEL PENASIHAT LUAR

BIL
RAKAN KERJASAMA
TUJUAN/AKTIVITI
1
Majlis Perbandaran Shah Alam
a.    Menyumbang tong sampah  kitar semula kepada pihak sekolah.
b.    Sampah-sampah akan dikategorikan berdasarkan kategorinya iaitu botol kaca, kertas dan plastik.
c.    Berkerjasama melaksanakan inovasi Program Baja Kompos di sekolah.
d.    Menjadi mentee kepada MBSA dalam Program 5S
e.    Pelaksanaan Zon Bersih
2
PIBG Sekolah
Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
3
Agensi Anti Dadah
Memberi ceramah dan pendedahan tentang Kempen Anti Dadah
3
Pejabat Kesihatan
Memberi ceramah tentang kempen Kesedaran mencegah wabak denggi.
Memantau kebersihan Kantin.
Memantau Nyamuk Aedes.



MENUJU SEKOLAH LESTARI SKRM - PENYEBARAN MENCINTAI ALAM SEKITAR

4. PENYEBARAN   MENCINTAI ALAM SEKITAR

4.1 Perhimpunan Mingguan

            Penyebaran menyintai alam sekitar disampaikan kepada murid melalui perhimpunan mingguan pada setiap pagi pada hari Isnin. Antara perkara yang disampaikan oleh guru bertugas mingguan adalah seperti mengingatkan murid tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas yang dapat membantu menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada murid SK Raja Muda (Integrasi). Malah ianya akan mendidik murid-murid betapa pentingnya mengutamakan kebersihan . Ini akan menjauhkan dirinya daripada penyakit serta dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar.

4..2 Pemasangan Papan Tanda Alam Sekitar

Pihak sekolah juga menyebarkan tentang menyintai alam sekitar ini melalui papan tanda yang dipamerkan di kawasan sekolah seperti poster menjaga kebersihan, cara mencuci tangan, penjagaan tandas, penjagaan kawasan seperti cerun dan lereng, longkang, tumbuh-tumbuhan, tangki septik dan pelbagai mesej yang memberi penerangan berkaitan dengan pendidikan alam sekitar.

4.3  Sudut Alam Sekitar

Mewujudkan Sudut Alam Sekitar di sekolah SK Raja Muda (Integrasi) yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat mengenai alam sekitar kepada murid melalui tampalan poster, artikel, risalah, mempamerkan hasil kerja murid seperti buku skrap bertemakan alam sekitar, mewarna gambar tentang alam sekitar dan sebagainya.



4.4  Membina SITE dalam Vle-Frog

Pihak sekolah menggalakkan warga guru membina SITE yang berkaitan alam sekitar yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat secara global berkaitan dengan alam sekitar serta aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan program Sekolah Lestari Alam Sekitar .

5.5  Kempen Penjimatan Elektrik.

Amalan penggunaan cahaya semulajadi dan membiarkan tingkap terbuka yang mana dapat menjimatkan tenaga elektrik.Pelajar dinasihatkan memadam suis lampu dan kipas yang tidak digunakan terutamanya di dalam kelas. Amalan ini diterapkan melalui kempen dan ucapan mingguan yang diselitkan oleh Guru Besar .

6.6  Kempen Menjaga Pokok di Persekitaran Sekolah

Ahli jawatankuasa 3K mengadakan kempen menjaga pokok di persekitaran sekolah kepada semua murid SK Raja Muda (Integrasi) bagi tujuan menceriakan dan menghijaukan persekitaran yang akan menyumbang kepada keseimbangan eko sistem. Seperti mana yang diketahui , pokok menyerap karbon monoksida  dan membebaskan oksigen ke atmosfera. Secara tidak langsung akan memberi suasana yang segar kepada murid untuk menghadapi sesi pembelajaran.

4.7 Penggunaan tong sampah

Semua warga guru dan murid-murid serta semua kakitangan sekolah hendaklah bertanggung jawab memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan ianya  dapat memupuk amalan ini di kalangan  warga sekolah. Tong sampah ini akan diletakkan di tempat-tempat yang strategik dan sesuai bagi memupuk aspek kebersihan di kalangan warga sekolah.

4.8  Kempen Penjimatan Air

Murid-murid dinasihatkan menutup air dengan betul bagi mengelakkan pembaziran air di sekolah. Papan tanda yang berkaitan dengan penjimatan air di pasang untuk tujuan mengingatkan murid tentang penggunaan air secara berhemah.


4.9 Pengunaan tong kitar semula.

Dengan adanya tong kitar semula semua warga sekolah dapat mengasingkan bahan-bahan terbuang seperti kertas, tin dan kaca. Sampah-sampah tersebut akan diproses dan dikitar semula untuk dihantar ke Alam Flora.

4.10 Sudut Lestari

Setiap bilik darjah  diminta menyediakan papan maklumat yang mana maklumat-maklumat tentang alam sekitar  akan dipamerkan di sudut tersebut. Malah ianya bergabung dengan sudut Bahasa Inggeris. Pihak sekolah meminta murid-murid seboleh-bolehnya mencari informasi mengenai alam sekitar dalam bahasa inggeris. Tambahan pula Bahasa Inggeris adalah kebitaraan yang dipilih dari bidang akademik.

 4.11 Bengkel Kemahiran Hidup

Mengamalkan kebersihan dan amalan kitar semula di bengkel kemahiran hidup. Aktiviti seperti berkebun dapat menyemai sikap cintakan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan. Murid-murid diajar berkebun, cara-cara memproses baja kompas, mengajar murid tentang ekosistem perikanan . memelihara ikan dan sebagainya. Pembelajaran yang melibatkan praktikal di kalangan murid lebih menyeronokkan dan di sinilah peranan guru sangat penting dalam menyemai sikap sayangkan alam sekitar di kalangan pelajar.

4.12 Sistem Pembangunan Maklumat

Panitia Bahasa Melayu berkerjasama dengan mengadakan pertandingan mencipta sajak. Koleksi buku, hasil kerja /lembaran kerja dan kumpulan sajak-sajak ,Haiku yang bertemakan alam sekitar hasil ciptaan pelajar semasa aktiviti-aktiviti  lestari sekolah dijalankan. Lembaran kerja untuk aktiviti pelajar yang berkaitan dengan alam sekitar telah difailkan.

4.13 .Buku/Folio

Buku-buku yang berkaitan dengan dengan alam sekitar akan ditempatkan di ruangan yang ditetapkan sebagai rujukan guru dan pelajar.

colory � c ; � `oT color:text1'>Pengerusi

Memastikan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar dijalankan.
2
Timbalan Pengerusi
Memantau perkembangan pelaksanaan program dan aktiviti alam sekitar.
3.
Penyelaras
Menyelaraskan  aktiviti-aktiviti atau program-program alam sekitar.
3
Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan bertanggungjawab atas perkara yang berkaitan dengan surat-menyurat.
4
Bendahari
Merekod segala pendapatan dan perbelanjaan
5
Jawatankuasa
Pelaksana
Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program alam sekitar dengan pasukan kerja masing-masing.














MENUJU SEKOLAH LESTARI SKRM - PELAN STRATEGI PENGHIJAUAN

3.0       PENGHIJAUAN

Perlaksanaan program penghijauan, unit penghijauan sekolah telah ditubuhkan. Pembentukan beberapa kumpulan kecil yang mana akan bertanggungjawab dalam menjaga dan memperindahkan taman-taman sedia ada atau yang baru diwujudkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
3.1       STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PENGHIJAUAN

PELAN TINDAKAN KOMPONEN PENGHIJAUAN 2014 – 2016

Komponen : PENGHIJAUAN
Penunjuk boleh ukur
Aktiviti
Tempoh/ Tarikh
Kos
Pelaksana
 1. Sistem Pengurusan Taman
a.    Pelan pembangunan dan pengurusan
b.    bersepadu taman-taman Sekolah
Sepanjang Bulan Jun dan Julai
-
Guru  penasihat Kelab/Persatuan
c.    Jadual bertugas 
d.    Penyelenggaraan taman
Sepanjang Bulan Jun dan Julai
-
Guru penasihat setiap taman / ahli
e.    Penggunaan baja kompos dari tapak kompos untuk  pembajaan
Sepanjang tahun
-
Pelajar dibantu Guru penasihat dan pekerja am
f.     Pelabelan nama saintifik dan tempatan pokok
Sepanjang Bulan Jun dan Julai
Guru penasihat setiap taman /ahli
g.    Pelabelan maklumat nilai penggunaan tumbuhan
Sepanjang Bulan Jun dan Julai
Guru penasihat setiap taman / ahli
h.    Penyiraman pokok menggunakan air hujan dari tangki takungan


Sepanjang tahun
Pekerja / Pekebun
2. Rekabentuk taman :-
    - keadaan lanskap taman

   - kebersihan
     taman dan
     susun atur
     taman
a.    Lanskap
ditambah-baik
dari masa ke
semasa melalui
aktiviti
keceriaan
dengan hiasan
dan tanaman  baru

b.    Taman kepunyaan
kelab dan
persatuan
dibersihkan dan
diselenggarakan
oleh ahli-ahli
masing-masing
ketika aktiviti
kokurikulum
Sepanjang tahun







Sepanjang tahun

Guru-guru Penasihat kelab/persatuan dan ahli-ahli
1.    Proses   
implementasi penghijauan :-
-          Projek  
           membuat baja
           kompos
a.    Menghasilkan baja kompos.

b.    Mendapatkan khidmat nasihat dari agensi luar MBSA tentang  
pengurusan kompos
Sepanjang tahun



Bahan sisa makanan dari kantin
Puan Shahidawati
Murid
Pekerja
-    3   Program 1
          pelajar 1 pokok
a.    Program akan dilancarkan pada Hari Alam Sekitar
Jun 2014
Bimbingan dan Kaunseling
Kelab/Persatuan
-     4.  Penubuhan  
           stesen
           pembelajaran
 :
         - Taman-taman
a.    Pelabelan nama saintifik dan kegunaan pokok-pokok di taman sekolah
Julai –September 2014
Kelab dan Persatuan
b.    Menyediakan bahan bacaan / penerangan / paparan tentang langkah-langkah penghasilan kompos




Julai–September  2014
-

Pn. Shahidawati
5. Penyelenggaraan kawasan padang
a.    Menyelenggara padang dan menjaga pokok-pokok di kawasan padang
Sepanjang tahun
Pekerja am dari syarikat pembersihan dan pekebun sekolah
6. Pengurusan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan :-
   Penjimatan penggunaan air
a.    Mewujudkan sistem pengumpulan air hujan
b.    Pemeriksaan paip dan pili air untuk kebocoran dan tindakan pembaikan segera (jadual pemeriksaan  berkala)
c.    Risalah panduan penjimatan penggunaan air
Mulai Jun 2014
Sepanjang tahun


Sepanjang tahun



Pihak pengurusan
Pekerja am
   7.Penjimatan tenaga elektrik
a.    Pengawas membuat pemantauan penggunaan alat elektrik sewaktu rehat, pertukaran kelas dan waktu bersurai (Jadual pemantauan dan pelaporan)
b.    Penjimatan penggunaan eletrik dalam bilik-bilik khas
c.    Penyemakan kerosakan kabel dan alat elektrik berjadual
d.    Tindakan segera pembaikan kerosakan untuk mengelak kebocoran elektrik
e.    Risalah dan ceramah kepentingan penjimatan elektrik


Mulai Jun 2014


Sepanjang tahun

RM250.00
-
-




-
-
-
Pihak pengurusan sekolah
Guru pengawas dan pengawas
Pekerja am

6. Pengurusan
bahan habis guna :
   Pengurangan penggunaan kertas di pejabat
a.    Fotostat di kedua-dua muka kertas
b.    Maklumat ditaip pada kertas menggunakan font kecil untuk memaksimakan penggunaan kertas
c.    Kertas tersalah cetak / rosak dikitar semula
Sepanjang tahun


-
Staf pejabat
7. Pemantapan sikap guru, pelajar dan kakitangan sekolah terhadap pemuliharaan alam sekitar
a.    Penganjuran aktiviti di sekolah berkaitan alam sekitar  seperti berikut :
·         Pertandingan Haiku
·         Pertandingan Bahan PSS
Bulan Jun hingga Oktober
2014
-
Guru Media